Wednesday, March 10, 2010

PENGHANTARAN LEMBU TERNAKAN

Lembu ternakan akan di hantar kepada pembeli dengan jumlah harga yang telah di persetujui. Lembu-lembu yang telah di beli akan di hantar menggunakan lori dengan selamat.

Lembu-lembu akan di ikat dengan cermat pada besi penghadang lori agar lembu tidak mudah bergerak semasa proses penghantaran di lakukan.

TANAMAN RUMPUT NAPIER

Rumput napier adalah makanan utama bagi penternakan lembu secara fidlot.

Thursday, January 21, 2010

TEMPAHAN KATERING

KHEMAH
- Kami juga menyediakan perkhidmatan katering lengkap termasuk khemah (arabian & gazebo), meja dan kerusi. Anda semua yang berminat boleh menghubungi kami untuk tempahan. Di lengkapi dengan kipas pada setiap khemah, ianya memberikan keselesaan kepada mereka yang berada di bawah khemah. Kami menerima semua tempahan sama ada sewaan khemah untuk kenduri, majlis keraian, majlis perkahwinan, ceramah, dan lain-lain.
 
Gambar 1.0 - Antara contoh khemah 


PERALATAN KATERING
- Kami menyediakan peralatan dan kelengkapan lengkap untuk majlis resepsi terutama bagi majlis perkahwinan. Termasuk pinggan makan, mangkuk, set buffet, gelas, bekas air, alas meja dan lain-lain yang diperlukan.



LAUK
- Lauk bagi perkhidmatan katering adalah bergantung pada jenis majlis samada majlis kenduri (akikah,doa selamat,tahlil), majlis perkahwinan (resepsi), majlis keraian (terutama Jabatan-jabatan kerajaan).

 
 
KOMPANG
- Menyediakan kumpulan kompang bagi memeriahkan majlis perkahwinan. Namun demikian, ianya bergantung pada pilihan tuan rumah.



 

SEMBELIHAN LEMBU UNTUK RAYA KORBAN

Ladang ternakan menjadi tempat bagi pihak Jabatan Veterinar untuk menggunakan rumah sembelih kerana ladang ternakan MPAGRO adalah yang terdekat berbanding rumah sembelih di kawasan lain. Kerja-kerja sembelihan di mulakan oleh bilal masjid Kampung Melaka Pindah. Kerja melapah pula mengambil masa kira-kira 2 jam.



Kira-kira 5 orang bertungkus lumus melapah lembu yang baru di sembelih. Bau darah menyebabkan lembu ternakan lain gelisah dan seolah menanti nasib masing-masing. Ia merupakan suasana yang biasa pada Hari Raya Haji.

LEMBU TERNAKAN

Syarikat mempunyai sebuah kandang lembu berkapasiti untuk 100 ekor lembu pada satu-satu masa. Buat masa ini, terdapat hampir 60 ekor lembu ternakan kami. Dan secara beransur-ansur di jual terutama pada Hari Raya Haji yang lalu. Mempunyai tenaga pekerja mahir dalam penjagaan dan ternakan lembu ini, ianya dapat melicinkan perjalanan dan operasi ternakan.
Di lengkapi dengan lori 1 tan dan 3 tan, hasil ternakan dapat di hantar terus kepada pembeli setelah mereka memilih lembu di ladang ternakan.